Rabu, 13 Agustus 2008

PENTERNAKAN BELUT

LATAR BELAKANG

Sektor perikanan merupakan salah satu kegiatan yang mempunyai nilai strategi dan sangat prospektif. Di antara berbagai jenis ikan yang mempunyai potensi besar dan dapat diternakan untuk keperluan permintaan pasaran tempatan dan eksport, belut merupakan salah satu komuditi unggul yang belum dimanfaatkan secara optimal dan terpadu.

Usaha ternakan belut pada masa ini sangat menguntungakan. Setidaknya hal ini terlibat dari semakin meningkatnya permintaan belut, baik belut hidup segar maupun belut kering dan tin untuk pasaran tempatan dan eksport. Mulai awal tahun 1987 sampai tahun 2006 keperluan belut eksport belum dapat terpenuhi dengan baik, bahkan untuk pasaran tempatan juga belum dapat terpenuhi dengan baik. Permintaan belut segar dan hidup pada tahun ini di sejumlah Negara Asia sekitar 60 tan sehari dan Negara-Negara yang tergabung dalam Uni Eropah untuk belut asap sebesar 2—4 tan seminggu. Permintaan belut segar semakin hari semakin tinggi di bandingkan dengan jenis-jenis ikan yang lainnya. Selain itu belut juga boleh di manfaatkan sebagai ubat alternatif untuk pelbagai penyakit.

Dengan melihat gambaran di atas, boleh disimpulkan bahawa usaha penternakan belut mempunyai prospek yang sangat menjanjikan dan merupakan peluang usaha yang boleh dikembangakan secara besar-besaran.

Untuk itu kami dari GAHARUMAN RESOURCES bersama rakan kami PT Daya Petani Indoneisa ( DAPETIN ) berusaha untuk mengajak masyarakat menternak belut secara terpadu. Diharapkan usaha ini dapat menambahkan pendapatan masyarakat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.